MCA Johor Kemuka Senarai Calon Ahli Majlis, Ketua Masyarakat

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wee Ka Siong. ABDUL RAHMAN EMBONG / THE STAR
Wee Ka Siong. ABDUL RAHMAN EMBONG / THE STAR

JOHOR BAHRU: MCA Johor akan mengemukakan senarai nama calon dari parti itu untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ketua masyarakat kepada kerajaan negeri, tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, calon yang benar-benar layak dan berpotensi akan dicadangkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk dipertimbangkan.

"Mereka bakal menjadi penghubung antara kerajaan negeri atau pusat dengan rakyat, baik daripada segi perkhidmatan mahupun penyampaian maklumat, maka pemilihan perlu dibuat dengan teliti," katanya.

Wee yang juga Timbalan Presiden MCA berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat MCA negeri, di sini Jumaat selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan MCA Johor yang pertama, selepas pemilihan parti Disember lepas.

Pada mesyuarat tersebut, Exco Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan negeri bagi tempoh 2013-2016.

Satu lagi jawatan Timbalan Pengerusi badan tersebut digalas Pengerusi Bahagian MCA Pagoh, Lim Pay Hen manakala Pengerusi Bahagian MCA Pulai Chia Song Cheng dilantik sebagai Setiausaha.

Empat Pengerusi Bahagian, Tang Nai Soon (Kulai); Eng Cheng Guan (Simpang Renggam); Ng Keng Heng (Kota Tinggi) dan Kang Beng Kuan (Batu Pahat) pula dilantik sebagai naib pengerusi badan itu.

Turut memegang jawatan Naib Pengerusi ialah Ketua Pemuda MCA Johor, Koo Choon Peng dan Ketua Wanita MCA Johor Wong You Fong.

Pengerusi Bahagian MCA Sekijang, Kiat Swee Sung dilantik sebagai Bendahari manakala Pengerusi Bahagian MCA Ayer Hitam dilantik sebagai Setiausaha Penganjur Negeri.

Wee turut mengumumkan senarai nama pemegang jawatan timbalan setiausaha, timbalan bendahari dan timbalan setiausaha penganjur negeri selain senarai anggota jawatankuasa serta pengerusi pelbagai biro di bawah badan perhubungan itu.

Selain itu, beliau turut mempelawa bekas presiden MCA dan bekas pengerusi badan itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk menjadi penasihat kepada badan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan