JPNIN Saran Dialog Tertutup Tangani Isu Kalimah Allah

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyarankan supaya diadakan majlis dialog tertutup melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Persatuan Bible Malaysia (PBM) bagi mencari kata sepakat berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata perkara itu perlu ditangani dengan baik di meja rundingan bagi mengekalkan perpaduan yang sedia terjalin antara penganut pelbagai agama di negara ini, sekali gus mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku.

"Kita melihat jangan ada pihak menggunakan isu ini untuk tujuan meraih keuntungan politik dan meneruskan usaha-usaha yang boleh membakar semangat (sentimen) kerana soal agama adalah sensitif.

"Kalau kedua-dua pihak beri fokus dan berniat ikhlas untuk selesaikan, benda ini boleh kita selesaikan secara damai dan bukan dengan cara menghimpunkan lebih ramai orang untuk berdemonstrasi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Minda dan Perjumpaan Awal Tahun jabatan itu di sini, Sabtu.

Mahkamah Rayuan sebelum ini membuat keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald.

Penerbit majalah itu telah membawa perkara ini untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan yang dijangka bersidang dan membuat keputusan pada 24 Februari ini.

Isu itu terus menarik perhatian apabila Paderi Katolik Lawrence Andrew dilaporkan bertegas bahawa gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan larangan itu.

Selain itu, Jais merampas lebih 300 naskah bible versi bahasa Melayu dan Iban sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab berkenaan dalam serbuan terhadap PBM di Petaling Jaya awal bulan ini.

Di SHAH ALAM, Umno Selangor kesal dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menurutnya tidak memegang kepada aku janji yang dilafazkan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memelihara dan melindungi kesucian agama Islam di negeri itu.

Abdul Khalid dilaporkan berkata baru-baru ini bahawa kerajaan Selangor mengarahkan Jais mendapatkan pengesahan Kementerian Dalam Negeri berhubung status naskah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas itu.

Noh berkata Umno Selangor akan memulakan satu 'road show' dalam tempoh terdekat untuk menjelaskan mengenai isu kalimah Allah serta rampasan bible itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan