Esscom Azam Pastikan Peristiwa Hitam Tanduo Tidak Berulang - Mohammad

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa memantau aspek keselamatan di Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) bagi memastikan insiden pencerobohan pengganas Tanduo tidak berulang.

"Kami bersyukur kerana sejak peristiwa Tanduo, tidak lagi berlaku kes pencerobohan," kata Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek dalam kenyataan di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat berhubung kejayaan pasukan keselamatan negara mematahkan cubaan pihak asing menceroboh masuk ke perairan Sabah dua minggu lepas.

Khalid dipetik sebagai berkata tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menceroboh perairan Sabah.

Perairan Sabah menyaksikan peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari tahun lepas yang mengorbankan nyawa 10 anggota keselamatan iaitu lapan polis dan dua tentera.

Mohammad berkata Esscom sentiasa memberi perhatian serius kepada kawalan maritim dan agensi keselamatan di kawasan itu sentiasa berada dalam status siap siaga selaras dengan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Selain itu, beliau berkata penglibatan orang ramai dalam menyampaikan maklumat juga penting bagi memastikan peristiwa hitam itu tidak berulang.

"Mutakhir ini, Esscom, melalui maklumat awam, berjaya menghindari percubaan lanjut kejadian penculikan di perairan pantai timur Sabah. Kejayaan ini adalah hasil maklumat awam serta kesungguhan kawalan pasukan gabungan PDRM, ATM dan APMM di bawah Ops Gasak Esscom," katanya.

Mohammad berkata Esscom akan meneruskan pemantauan itu bagi memastikan kejadian di Pulau Pom Pom itu tidak berulang.

Kawasan Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan