ATM Sentiasa Sedia Tambah Anggota Di Esscom - Abdul Rahman

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia untuk menambah kekuatannya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Pada masa sama katanya, Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 yang melibatkan kerjasama ketiga-tiga cabang utama ATM iaitu tentera darat, udara dan laut yang berpangkalan di Tawau akan dipertingkatkan bagi memastikan keberkesanan Ops Pasir.

"Antaranya ialah menambah anggota serta menambah dan memulih aset pertahanan, khususnya aset-aset strategik, bagi memastikan pertahanan dan keselamatan negara berkesan dan tidak mudah dibolosi," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau membuat tinjauan di beberapa pulau peranginan berhampiran sempadan antarabangsa antaranya Pulau Danawan, Pandanan dan Pulau Pom Pom yang menjadi lokasi pembunuhan dan penculikan pelancong Taiwan pada November lepas.

Ketika berada di Pulau Pom Pom, Abdul Rahim meluangkan masa menemui anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dipertanggungjawab mengawal keselamatan pulau itu serta warga kerja resort dan pelancong.

Menurut Abdul Rahim rata-rata pelancong yang beliau temui berasa gembira berada di pulau itu dan tidak risau dengan insiden penculikan yang berlaku beberapa bulan lepas.

"Pihak pengurusan resort telah memberi kerjasama dan menambah banyak kemudahan berkawal kepada pasukan PGA di kawasan resort termasuk membina menara tinjau yang baharu. Didapati juga sebuah lagi resort sedang dibina di Pulau Pom Pom oleh pengusaha berbeza," katanya.

Abdul Rahim mengulangi ingatan kepada penduduk tempatan di kawasan terlibat supaya terus bekerjasama kepada anggota pertahanan dan keselamatan dengan menyalurkan maklumat yang tepat, selain tidak bersekongkol dengan pihak yang cuba menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan