Agenda Pembangunan Negara Tidak Pinggirkan Orang Asli - PM

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) mendengar penerangan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (kiri) ketika merasmikan projek Penyusunan Semula Kampung (PSK) Orang Asli Bangkong dan Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli di Pekan, Sabtu. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Mohd Sani Mistam (dua, kanan). -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) mendengar penerangan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (kiri) ketika merasmikan projek Penyusunan Semula Kampung (PSK) Orang Asli Bangkong dan Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli di Pekan, Sabtu. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Mohd Sani Mistam (dua, kanan). -fotoBERNAMA

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat Orang Asli dalam melaksanakan agenda pembangunan negara bagi memastikan golongan itu tidak tercicir dalam menikmati pembangunan.

Perdana menteri berkata sehubungan itu masyarakat Orang Asli perlu sentiasa berganding bahu dengan kerajaan supaya hasrat dan segala perancangan kerajaan dapat direalisasikan.

"Kita berhasrat dalam melaksanakan agenda pembangunan negara khususnya agenda transformasi nasional, kita pastikan dapat membawa bersama-sama masyarakat Orang Asli ke arah perubahan besar dalam kehidupan mereka.

"Ini keazaman kita, bukan kata-kata manis tetapi didokong dan disokong melalui peruntukan dan program yang terbukti jelas dapat dilihat seperti projek Penyusunan Semula Kampung (PSK) Bangkong ini," katanya ketika berucap merasmikan projek PSK di Kampung Bangkong di Paloh Hinai dekat sini Sabtu.

Najib berkata kehidupan masyarakat Orang Asli dahulu dengan hari ini ternyata jauh berbeza apabila banyak perubahan dan pembangunan telah dilakukan.

Mengambil contoh perkampungan Orang Asli Kampung Bangkong, perdana menteri berkata situasi dahulu di kawasan itu jelas berbeza terutama selepas pelaksanaan projek PSK itu yang melibatkan peruntukan RM24 juta di tapak seluas 40 hektar.

Projek itu merangkumi 119 unit rumah, empat unit kedai, taska, dewan, kemudahan jalan raya, bekalan elektrik dan air yang dapat memberi keselesaan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk menerusi Program Transformasi Luar Bandar.

"Kita juga tidak melupakan sumber ekonomi untuk penduduk di Kampung Bangkong ini di mana kita sediakan projek tanaman sawit di atas tanah seluas 250 hektar bagi penduduk terlibat dalam program ini.

"Melalui tanaman sawit, penduduk akan memperoleh pendapatan sehingga RM700 sebulan jika diusahakan sendiri atau minimum RM400 sebulan jika diberikan untuk diurus oleh Risda, bergantung kepada harga semasa sawit. Semua ini adalah cerminan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional untuk membela masyarakat Orang Asli," katanya.

Najib berkata kerajaan turut memandang serius isu keciciran pelajar Orang Asli dan untuk itu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli perlu memberi fokus utama kepada masalah itu.

Menurutnya kerajaan menyasarkan kadar keciciran pelajar Orang Asli pada tahun ini dapat diturunkan sehingga 23 peratus dan sebanyak 15 peratus menjelang 2015.

"Kadar penurunan keciciran pelajar Orang Asli dari tahun 2011 ke tahun 2012 adalah 29 peratus kepada 26.16 peratus dan pada tahun lepas menurun lagi kepada 25 peratus.

"Kita berharap kadar keciciran ini terus menurun dari tahun ke tahun, justeru itu ibu bapa perlu pastikan anak-anak tidak terkeluar daripada sistem persekolahan dan tidak meninggalkan bangku sekolah agar sasaran dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata pada tahun ini juga kerajaan menyasarkan seramai 305 pelajar Orang Asli berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam dan menghantar sekurang-kurangnya 10 pelajar ke luar negara.

Pada majlis itu Najib turut menyampaikan sumbangan kepada kepada 10 pelajar Orang Asli di Parlimen Pekan yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan seorang pelajar memperoleh 7A pada peperiksaan PMR tahun lepas.

Beliau turut mengumumkan tiga Tok Batin di Parlimen itu akan dipilih menunaikan fardu haji pada tahun ini dan nama mereka akan diberitahu kelak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan