Politik Malaysia: 2014 Tahun Demonstrasi Jalanan - Kamaruddin

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kamaruddin Jaafar.
Kamaruddin Jaafar.

PETALING JAYA: Lebih ramai rakyat akan menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mengadakan demonstrasi jalanan, kata Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Beliau mengingatkan bahawa 2014 bukan tahun yang baik untuk rakyat kerana mereka terpaksa menyekat beberapa perbelanjaan berikutan kenaikan harga baru-baru ini.

"Akan lebih banyak demonstrasi dan kemungkinan wujud protes terbaru di semua peringkat kumpulan," kata Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) akan menerima 'tamparan hebat' bukan saja dari parti politik lain tetapi pertubuhan bukan kerajaan mengenai isu berkaitan kos sara hidup dan populariti BN akan merosot.

Kamaruddin percaya lebih ramai rakyat, terutamanya golongan muda akan memainkan peranan dalam mengawal kerajaan, selain menyaksikan ribuan golongan muda menyertai perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu.

Kenaikan 15% tarif elektrik dan tol (masih belum diputuskan) serta pengurangan subsidi minyak telah menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Segelintir pihak mendakwa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijangka awal bulan depan, akan memburukkan lagi keadaan.

"Akan ada percubaan untuk mencari jalan penyelesaian tetapi ia tidak cukup memuaskan hati rakyat jika rasuah dan pemberian kontrak menerusi rundingan tidak dibendung," katanya.

Beliau turut meragui usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal di sebalik kenaikan harga, dan menjangkakan mereka akan menukar strategi pada pertengahan 2014 untuk menjadi popular.

"Namun defisit akan berterusan sama seperti tahun lalu," katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus komited dalam mengurangkan defisit dari 4.5% keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2012 kepada 4% pada 2013 dan 3.5% tahun ini.

Walaupun akan ada usaha oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan itu, Kamaruddin tidak yakin ia akan berkesan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan