PM Turki Diberi Sambutan Rasmi Di Putrajaya

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib (kanan) menyambut ketibaan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.-fotoBERNAMA
Najib (kanan) menyambut ketibaan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.-fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang sedang melakukan lawatan tiga hari di Malaysia bermula semalam, diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini, Jumaat.

Ketibaan Erdogan pada kira-kira 10.45 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum lagu kebangsaan Malaysia dan Turki dimainkan.

Erdogan kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir menyambut Erdogan ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beberapa menteri Kabinet.

Kedua-dua pemimpin kemudian diiringi ke paras lima Bangunan Perdana Putra di sini untuk memulakan mesyuarat dua hala yang dijangka membincangkan mengenai hal kepentingan kedua-dua buah negara.

Lawatan ini dilakukan atas jemputan Najib, dan merupakan sebahagian daripada misi lawatan Erdogan ke Asia termasuk Jepun dan Singapura.

Ia juga sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turki yang terjalin pada 1964.

Perdana menteri Turki itu turut dijadual menyampaikan kuliah utama bertajuk 'Mentransformasikan Asia Pasifik dan Turki' pada siri syarahan Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Penyelidikan Mengenai Transformasi dan Razak School of Government (RSOG).

Beliau juga akan menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan