Pikap Mahu KDN Benarkan Mereka Wakili Majikan Mohon I-Kad

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) pada Jumaat menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan agensi pekerjaan mewakili majikan-majikan untuk memohon I-Kad bagi pekerja asing mereka.

Presiden Pikap, Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata, agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga kerja dan Jabatan Imigresen perlu dibenarkan berbuat demikian bagi mengurangkan beban majikan dan pekerja berkenaan.

"Jika majikan dan pekerja sendiri perlu pergi ke Jabatan Imigresen untuk memohon kad ini, saya percaya ia akan menjejaskan produktiviti kerja mereka kerana perlu berbaris dan menunggu lama untuk permohonan mereka diproses," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, Pikap menyambut baik cadangan KDN untuk mewajibkan pekerja asing di negara ini memiliki I-Kad tetapi kaedah pelaksanaannya haruslah dipermudahkan.

KDN sebelum ini dilaporkan hanya memberikan kebenaran kepada majikan dan pekerja asing itu sendiri untuk memohon I-Kad dan melarang sebarang permohonan melalui ejen atau orang tengah.

Langkah itu sebagai usaha membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara ini.

Menurut KDN setakat ini negara mempunyai kira-kira 2.3 juta pekerja asing yang berdaftar.

I-Kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi seperti biometrik cap jari, Nexcode dan 'contactless chip' akan diberikan secara berperingkat.

Penggunaan I-Kad ini juga akan memudahkan pihak penguatkuasa untuk mengesan warga asing yang bekerja dalam 10 sektor di negara ini dan pada masa yang sama dapat mengelak pemalsuan kerana segala butiran penting dapat diakses dengan mudah dan cepat.

Selain untuk pekerja asing, penggunaan I-Kad juga bakal diperluaskan kepada penuntut asing. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan