Padang Dataran Merdeka Ditutup Mulai Januari - April 2014: DBKL

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan padang Dataran Merdeka akan ditutup bermula 22 Januari hingga 21 April untuk kerja menaik taraf sistem saliran padang dan merumput.

Pengurus Perancangan Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dr Ismail Stapa berkata penutupan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan dengan lancar.

"Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa tiada sebarang tempahan dibenarkan sepanjang penutupan itu," katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Beliau berkata padang itu akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh menaik taraf dijalankan malah orang ramai turut tidak dibenar masuk ke kawasan terlibat.

Kali terakhir sistem saliran padang dan kerja merumput dijalankan di padang itu ialah pada Mei tahun lepas berikutan keadaannya yang sudah usang selain sistem salirannya perlu ditambah baik.

Kerja menaik taraf itu dijalankan sebagai usaha supaya Dataran Merdeka lebih indah dan selesa untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan