KPN Garis Tiga Fokus Mantapkan PDRM Bagi 2014

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khalid Abu Bakar.
Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggariskan tiga fokus utama untuk memacu Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah sebuah pasukan polis yang bertaraf dunia tahun ini.

Beliau berkata, tiga fokus itu ialah memelihara ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat; mengawal serta mengekang jenayah melalui penyiasatan yang berkesan; dan memantapkan integriti serta pematuhan standard PDRM.

Katanya, tiga fokus berkenaan juga ialah pelan teras lima tahun yang telah dirangka oleh PDRM bagi memantapkan pasukan itu.

"Tiga fokus ini merupakan hala tuju PDRM pada 2014 yang memastikan PDRM akan bersiap siaga dari segenap aspek terutama dalam menghadapi ancaman keselamatan dalam negeri," katanya kepada pemberita dalam wawacara khas di Bukit Aman, di sini.

Beliau berkata sepanjang 2013, PDRM menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman dalam mengekalkan keamanan negara termasuk menangani ancaman pencerobohan pengganas Sulu di Sabah serta menangani perhimpunan dan demonstrasi jalanan yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Pada tahun lepas juga polis menghadapi cabaran mengawal ketenteraman awam apabila berlaku 26 perhimpunan dan demonstrasi jalanan anjuran pihak-pihak yang memainkan pelbagai isu termasuk kenaikkan harga barang, kalimah Allah, isu lesbian, gay, biseksual dan Transeksual (LGBT).

Khalid berkata, polis juga sentiasa memberi keutamaan untuk menurunkan kadar jenayah termasuk jenayah indeks seperti ragut.

"Kita akan meneruskan dengan ops cantas khas kerana ia merupakan pendekatan yang berkesan dalam menurunkan kadar jenayah, namun akan ada penambahbaikan yang akan dilakukan," katanya.

Mengulas mengenai pemantapan integriti dalam kalangan warga PDRM, Khalid berkata, pihaknya merangka Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard yang telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tindakan lanjut.

Ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap penganjur perhimpunan yang tidak memenuhi syarat dalam Akta Perhimpunan Aman (APA 2012), beliau berkata kesemua mereka akan disiasat dan dipanggil bagi memberi keterangan tanpa mengira latar belakang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan