Keputusan Lanjut Pembekalan Air Selangor Dimuktamad Minggu Depan - Ongkili

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan Air Selangor akan memuktamadkan langkah-langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan pusat berkaitan pengambilalihan hal ehwal dan pengurusan air di negeri itu, minggu depan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ia selaras dengan ketetapan surat kementerian pada 9 September lepas yang menyatakan hasrat untuk mengambil alih hal ehwal dan pengurusan air sekiranya urusan penstrukturan semula industri air Selangor tidak dapat diselesaikan sehingga 31 Disember 2013, berdasarkan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Katanya beliau menemui Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dua hari lepas, dan mendengar cadangan serta syarat yang dikemukakan kerajaan Selangor untuk memberikan kerjasama kepada kementerian dan kerajaan pusat dalam pengambilalihan itu.

"Kami sedang meneliti segala cadangan yang kemukakan," katanya dalam sidang media selepas pelancaran Blueprint Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi bangunan Pejabat Perdana Menteri di sini Khamis.

Ongkili berkata jawatankuasa kabinet itu akan memuktamadkan pelbagai langkah, termasuk aspek perundangan dan struktur pembekalan air yang akan diambil kerajaan pusat bagi memastikan bekalan air Selangor terus terjamin, dan sektor industri serta pelaburan di Lembah Klang tidak tergendala akibat masalah berkaitan bekalan air.

Semalam Abdul Khalid dilaporkan berkata Kerajaan Selangor memberi lampu hijau untuk pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010 dengan mencadangkan pelantikan dua pentadbir mewakili kerajaan negeri bagi merealisasikan projek berkenaan.

Langat 2 merupakan sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025, yang sebelum ini tidak dipersetujui kerajaan Selangor.

Sementara itu, Ongkili berkata Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim hari ini membincangkan soal peruntukan dana RM70 juta dari Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam akan disalur kepada Malaysian Green Technology Corporation sebagai "dana mobiliti mampan", bagi pembangunan perkhidmatan kenderaan bas elektrik.

Beliau berkata mesyuarat ke-lima Majlis sejak ditubuhkan pada 2010 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu turut mengenal pasti tiga projek perintis bagi perkhidmatan berkenaan yang terdiri daripada Sunway BRT, GO KL City Bus dan Panorama Melaka.

Menurutnya mesyuarat turut mengambil maklum pelaksanaan program MYCarbon yang merupakan program pelaporan korporat Gas Rumah Kaca Kebangsaan, yang dibangunkan selaras dengan peningkatan trend perakaunan dan pelaporan pelepasan gas-gas rumah kaca, terutamanya oleh sektor swasta.

Ongkili berkata selain itu mesyuarat turut membincangkan penubuhan Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim peringkat negeri, di samping perkara-perkara berkaitan penubuhan jawatankuasa Perhubungan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Persekutuan dan Negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan