Kementerian Luar Beri Kerjasama Kepada SPRM Berhubung Pendakwaan Dua Pegawai - Berita Semasa | mStar

Kementerian Luar Beri Kerjasama Kepada SPRM Berhubung Pendakwaan Dua Pegawai

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar berjanji memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu kes pendakwaan melibatkan dua pegawai kementerian itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai pendakwaan SPRM itu yang membabitkan dua pegawainya telah dihadapkan ke mahkamah hari ini dan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Bagaimanapun kementerian tidak berhasrat untuk membuat sebarang ulasan memandangkan kes itu sedang dibicarakan di mahkamah.

Dua pegawai terbabit, Effendi Abd Ghany, 48, dan Mohd Hadtamizi Abu Bakar, 47, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memperdaya Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) melibatkan wang berjumlah AS$126,681 pada tiga tahun lepas.

Kedua-dua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan