KDN Lancar Operasi Besar-Besaran Buru Pekerja Asing Tanpa Izin 21 Januari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi secara besar-besaran bagi memburu pekerja asing tanpa izin selepas tamatnya Program Khas Pengurusan Pati (PKPP) pada 20 Januari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi tersebut akan melibatkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"Tepat pukul 12.01 tengah malam (21 Januari) kita akan melancarkan operasi penguatkuasaan kepada semua pekerja asing dan majikan yang menggaji pekerja yang tiada dokumen sah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran I- Kad di sini, Khamis.

Menurut beliau, KDN tidak akan berkompromi dengan mana- mana majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka kerana tempoh yang panjang untuk berbuat demikian telah diberikan.

"Kita sudah beri tempoh tiga bulan kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka. Jadi kita tidak akan berkompromi dalam hal ini lagi," katanya.

Jelas beliau, KDN juga tidak akan melanjutkan tempoh program khas tersebut.

"Bagi majikan atau pekerja asing yang mengharapkan adanya lanjutan, ingin saya tegaskan disini, tiada tempoh lanjutan dan ampun maaf daripada KDN," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan tidak akan menanggung kos penghantaran pulang pekerja asing tanpa izin ke negara asal mereka.

Sebaliknya, beliau berkata, kos tersebut akan dibiayai sama ada oleh majikan, pekerja itu sendiri atau kedutaan masing-masing.

"Kita tidak akan membazir wang rakyat semata-mata untuk menghantar mereka pulang. Selama ini, kerajaan sudah banyak bertolak ansur mengenai hal ini dan kita dapati ada pihak turut mengambil kesempatan terhadap perkara ini," katanya.

Namun, sebelum itu, Ahmad Zahid berkata, kesemua pekerja asing tanpa izin yang ditahan akan didaftarkan menerusi sistem biometrik untuk mengelakkan pemalsuan identiti pada masa akan datang.

"Identiti dan cap jari mereka akan diambil kerana kita tidak mahu mereka masuk semula ke negara ini dengan nama lain," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan