Selangor Arah Jais Dapatkan Status Bible Daripada KDN

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung status naskah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas jabatan itu daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara minggu lepas.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jika Bible yang dirampas itu mematuhi Resolusi Penyelesaian 10 Perkara, beliau akan mengarahkan Jais memulangkan semula Bible itu kepada persatuan berkenaan.

"Antara syarat resolusi itu ialah membenarkan untuk mengimport, mengguna dan mencetak Bible dalam bahasa Melayu.

"Kita juga mahu tahu bagaimana Bible ini boleh masuk ke Selangor dan negeri lain kerana setiap buku yang diimport atau dicetak perlu ada pengesahan daripada KDN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Kerajaan Selangor turut menasihatkan Jais supaya menjalankan siasatan secara profesional dengan mengambil kira sensitiviti penganut agama Kristian di negeri ini.

Pada 2 Januari lepas, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988.

Mengulas isu kalimah Allah, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tetap berpegang kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris yang melarang orang bukan Islam mengguna pakai beberapa perkataan termasuk kalimah Allah dalam mana-mana penulisan, penerbitan, pengucapan awam dan sebarang kenyataan seperti mana yang termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.

"Oleh sebab itu, kita juga merancang mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama bukan Islam di negeri ini untuk memberi pemahaman kepada mereka mengenai titah Sultan dan enakmen itu," katanya.

Abdul Khalid berkata Jais turut diarah mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemas kini oleh kerajaan negeri dalam sebarang operasi penguatkuasaannya berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata prosedur itu termasuk memaklumkan mengenai operasi Jais kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan