Johor Bakal Jadi 'Negeri Coklat"

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Khaled
Mohamed Khaled

GELANG PATAH: Johor mahu menjadi 'negeri coklat' di negara ini dengan membangunkan dan menempatkan diri di hab coklat yang penting di Malaysia dan rantau ini.

Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tidak mustahil untuk mencapai status itu berdasarkan industri koko di negeri ini yang dinamik dan menggalakkan.

"Sebagai hab coklat utama di rantau ini, Johor akan memainkan peranan yang lebih besar dalam aktiviti berkaitan industri koko dan pembuatan coklat," katanya, Khamis.

Mohamed Khaled berkata demikian dalam satu sidang akhbar pada majlis pembukaan fasiliti industri coklat Guan Chong Bhd - GCB Specialty Chocalates Sdn Bhd bernilai RM55 juta di zon perindustrian Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini.

Beliau berkata ketika ini Malaysia mempunyai kapasiti pengisaran koko sebanyak 300,000 tan metrik setahun, yang mana kira-kira 85 peratus daripada kapasiti pengisaran berpusat di Johor.

Mohamed Khaled berkata pelaburan bernilai RM816 juta dari syarikat Hershey, pembuat coklat terkenal di dunia yang berpangkalan di AS untuk menubuhkan sebuah kilang di Senai, Johor Baru adalah permulaan bagi mencapai status hab coklat.

"Pelaburan syarikat itu di Johor adalah pelaburan tunggal terbesar di Asia setakat ini dan akan menjadi pusat pengedaran bagi rantau Asia," katanya.

Mohamed Khaled berkata kilang Hershey di Johor dijangka siap pada 2015 dan pelaburan akan mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Beliau berkata selain Hershey yang telah melabur di Johor tahun lepas, terdapat sebuah lagi syarikat coklat antarabangsa yang akan membina sebuah kilang di negeri ini tahun ini.

Mohamed Khaled enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai pelaburan baru termasuk nama syarikat sama ada ia adalah sebuah syarikat coklat yang berpangkalan di Eropah atau AS.

"Jangan bimbang, kita akan mendedahkan kepada anda (media) apabila tiba masa yang sesuai," katanya sambil menambah adalah lebih mencabar untuk menarik pelaburan baru di Johor kerana Johor menghadapi persaingan dari negeri-negeri lain dan negara-negara di rantau ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan