Toleransi Kunci Utama Isu Kalimah Allah

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Toleransi merupakan formula yang membolehkan orang Islam dan bukan Islam di Sabah dan Sarawak untuk berkongsi penggunaan kalimah Allah tanpa sebarang masalah.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, orang Kristian di negeri ini menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan selama lebih seratus tahun kerana Bible terdapat dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia.

"Orang Islam tidak pernah keliru tentang perkara ini dan ia tidak mengganggu kita. Lagipun, kita semua percaya kepada satu Tuhan.

"Kami tegas dalam kepercayaan kami dan orang-orang Kristian begitu tegas dalam kepercayaan mereka," katanya.

Beliau berkata, statistik menunjukkan bahawa tidak ada penukaran yang besar dalam agama dari kedua-dua belah pihak hanya kerana orang Islam dan Kristian di negeri ini menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Daud berharap, orang Islam dan Kristian di Semenanjung akan berhenti melemparkan ancaman di antara satu sama lain.

"Tiada siapa yang akan menang jika kita terus seperti ini. Mari kita berbincang secara aman kerana sentiasa adanya jalan keluar. Ia bukan masalah 40 hingga 50 tahun yang lalu, jadi apa masalahnya sekarang?" katanya.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing berkata, rakyat Sarawak mencapai keharmonian agama kerana mereka mengiktiraf dan menghormati perbezaan agama dan tidak mengamalkan sikap memperlekehkan agama lain.

Beliau berkata, kebanyakan peperangan yang berlaku sentiasa diperjuangkan adalah atas nama Tuhan dan agama .

"Kita tidak boleh membenarkan ia berlaku di Malaysia," kata Menteri Kemajuan Tanah Negeri itu.

Di KOTA KINABALU, rakyat Sabah hairan dengan kekecohan itu berhubung penggunaan kalimah Allah.

Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Datuk Thomas Tsen berkata, penggunaan kalimah Allah dalam Bible telah dilakukan untuk generasi penganut agama Kristian.

"Kami hidup dalam suasana harmoni. Sabah sentiasa mempunyai semangat 1Malaysia walaupun sebelum kata-kata semangat itu diperkenalkan lagi," katanya.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, kegagalan untuk menghormati perjanjian itu akan membawa kepada persepsi bahawa kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk berbuat demikian.

"Kebebasan beragama adalah hal yang dekat dengan hati bapa-bapa yang mengasaskan Malaysia terutama dari Sabah dan Sarawak.

"Jika tidak ada jaminan, termasuk perlindungan Perlembagaan, Sabah dan Sarawak mungkin tidak bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan