Serbuan Jais Di Gereja Tidak Salah, Ikut SOP - Exco Selangor

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sallehen Mukhyi (dua,kiri) bersalaman dengan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew selepas mengadakan pertemuan di Shah Alam. Hadir sama Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Adun Sri Andalas Dr Xavier Jeyakumar. -foto THE STAR
Sallehen Mukhyi (dua,kiri) bersalaman dengan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew selepas mengadakan pertemuan di Shah Alam. Hadir sama Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Adun Sri Andalas Dr Xavier Jeyakumar. -foto THE STAR

SHAH ALAM: Serbuan dan rampasan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Bible Malaysia tidak salah kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) jabatan, kata Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Sallehin Mukhyi.

"Ia selaras dengan prosedur operasi standard semasa Jais tetapi kita akan membuat beberapa perubahan terhadapnya," kata Sallehin .

Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS itu berkata demikian kepada media selepas mesyuarat dua jam dengan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew di sini Selasa.

Turut hadir mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Sallehin juga berkata kerajaan negeri berada sepenuhnya di belakang titah Sultan Selangor yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah.

Tambahnya Selangor akan mengambil pelbagai langkah seperti mewujudkan platform bagi mengadakan dialog antara agama untuk menyelesaikan isu-isu agama berkaitan secara baik.

Dalam sidang akhbar yang sama, Lawrance berkata kenyataannya mengenai kalimah Allah berkisar kepada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan beragama.

"Setiap agama mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. Agama lain tidak boleh masuk campur dan memberitahu satu lagi agama apa yang perlu dilakukan," katanya.

Charles berkata, Bible disita oleh Jais telah diluluskan dan dicop oleh Kementerian Dalam Negeri.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan