PTPTN Nafi Dakwaan Mansuh Pinjaman Kewangan

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada Selasa menafikan pinjaman PTPTN dimansuhkan sepertimana disebarkan dalam satu akaun Facebook.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) mengesan pemilik laman sosial itu yang menyebarkan maklumat palsu itu untuk diambil tindakan.

"PTPTN tidak pernah membuat keputusan sedemikian kerana setiap dasar kerajaan berkaitan PTPTN akan diputuskan Kabinet," katanya kepada pemberita selepas mempromosi Pesta Makanan Tradisional Lenggong di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak di sini, Selasa.

Carian di laman sosial Facebook mendapati pengguna yang menggelar dirinya "RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara" menyebarkan satu surat kononnya badan itu memansuhkan pembayaran balik pinjaman kepada yang mempunyai hutang PTPTN tertangguh sehingga tahun 2013.

Sementara itu, Shamsul Anuar menasihatkan peminjam yang terjejas akibat banjir baru-baru ini supaya menghubungi pejabat PTPTN untuk memaklumkan masalah pembayaran yang mereka hadapi.

"Kita meminta mereka yang terlibat menghubungi pihak kami di pejabat PTPTN negeri supaya mereka boleh membuat penangguhan pembayaran balik pinjaman atau kita boleh menstrukturkan semula pembayaran balik pinjaman mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan