Melaka Tolak Tuntutan Iktiraf 'Sultan Melaka' - MB

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah
Raja Noor Jan Shah Raja Tuah

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka hari ini menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka', kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu, beliau berkata tuntutan Raja Noor Jan Shah mencabar Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan Melaka satu daripada negeri ditadbir dan diurus wakil Persekutuan selaku ketua negeri iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan negeri itu.

"Tuntutan sebegini dibuat semasa Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia...ini tidak lain cubaan mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka," katanya dalam sidang berita di Seri Negeri di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Raja Noor Jan Shah yang mahu perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakaw beliau telah mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Idris turut kesal dengan tindakan Raja Noor Jan Shah yang cuba mengelirukan rakyat Melaka dan meminta semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya percaya dengan dakwaan tidak berasas melibatkan sejarah kesultanan di Melaka.

"Saya juga memohon pihak media supaya melaporkan isu sebegini dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab supaya rakyat tidak terkeliru dengan dakwaan seperti ini," katanya.

Menurutnya Melaka hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran yang diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

"Kita tidak mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan oleh pihak lain. Dalam isu Lembaga Adat Naning memberikan pingat baru-baru ini, kita mengiktiraf lembaga itu hanya sebagai sebuah kumpulan adat sahaja, kita tidak iktiraf mereka memberikan pingat-pingat sedemikian," katanya.

Selain Lembaga Adat Naning, kerajaan negeri turut menerima laporan adanya individu dikenali sebagai 'Bonda Ratu Kerajaan Melayu Melaka' memberikan pingat kebesaran di negeri ini.

"Mereka yang menerima pingat daripada pihak ini, kita akan pastikan tidak akan menerima pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka... yang telah menerima (pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka) kita akan lihat kemungkinan untuk tarik balik (pingat itu)," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan