Kanvas Dipasang Di Kawasan Runtuhan Tebing Jalan Mahameru

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerja pemasangan kain kanvas di kawasan runtuhan tebing di Jalan Mahameru di sini giat dilakukan pada Rabu bagi mengelak resapan air hujan ke dalam tanah.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, ia bagi mengelak berlaku runtuhan seterusnya.

"Bomba masih memantau keadaan tebing itu dari semasa ke semasa dan kerja pembuangan tanah sedang dilakukan kontraktor," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, tiada pergerakan tanah dikesan buat masa ini.

"Apa yang membimbangkan kami ialah kerja pembuangan longgokan tanah, jika tidak diselesaikan secepat mungkin, kemungkinan besar petang nanti akan hujan dan berlaku runtuhan lagi.

"Jika petang nanti hujan dan berlaku runtuhan kali kedua, bomba akan mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menutup terus Jalan Mahameru kepada lalu lintas," katanya.

Samsol menasihati pengguna kenderaan yang melalui Jalan Mahameru agar berwaspada.

Dua daripada tiga lorong di Jalan Mahameru dari arah Parlimen ke Pusat Dagangan Dunia Putra yang ditutup pada Selasa ekoran runtuhan tebing, dibuka kepada lalu lintas pagi Rabu.

Kejadian kira-kira 5.20 petang Selasa susulan hujan lebat menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 10km. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan