Dua Pegawai Kanan Wisma Putra Ditahan Bantu Siasatan Tuntutan Palsu

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menahan dua pegawai kanan Kementerian Luar bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah AS$126,000 (RM378,000) ketika mereka bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington pada 2011.

SPRM dalam satu kenyataan medianya berkata dua pegawai berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada pukul 3.30 petang dan disiasat di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Katanya, mereka didapati terbabit dalam membuat tuntutan palsu penggunaan kenderaan dan urusan logistik semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat.

Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan