Comango Entiti Tidak Sah - KDN

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri menganggap Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) adalah sebagai entiti haram kerana tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohamad Khalid Shariff berkata pertubuhan itu yang cuba menjuarai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Comango menghantar laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) bagi tujuan Penilaian Berkala.

"Organisasi-organisasi dalam gabungan itu tidak berdasarkan kepada ajaran Islam dan kebanyakan mereka tidak berdaftar," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menjelaskan terdapat 54 organisasi yang menganggotai Comango, tetapi hanya 15 daripada mereka yang didaftarkan dengan ROS.

"Mana-mana pertubuhan yang berhasrat untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang sah di negara ini perlu berdaftar dengan ROS di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

"Mana-mana organisasi yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 41 (1 ) (b ) akta yang sama," katanya.

Sebelum ini, Comango membawa laporan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) antara lain untuk menuntut supaya murtad diterima sebagai hak kebebasan beragama; mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); menghalalkan perzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan