Transaksi Elektronik Di Plaza Tol Kempas & Perling Bermula Sabtu Ini

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua transaksi tol di Plaza Tol Kempas, Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Perling di Lebuhraya Linkedua akan dikendalikan secara elektronik sepenuhnya, mulai Sabtu ini.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Nooriza Abd Hamid berkata penggunaan sistem elektronik di kedua-dua plaza tol terlibat adalah lanjutan daripada penggunaan sistem elektronik yang dilaksanakan di lebuh raya Linkedua sebelum ini.

"Strategi syarikat menggalakkan penggunaan sistem elektronik untuk transaksi tol yang lebih lancar, mudah dan menjimatkan masa," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Katanya, PLUS akan memberi rebat tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna kenderaan kelas satu kepada pengguna kad PLUSMiles, Touch 'n Go atau SmartTAG di Plaza Tol Kempas dan Perling selama tiga bulan bermula 11 Jan hingga 10 April depan.

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go dengan nilai tambah sebanyak RM5 dijual dengan harga RM5 bagi bagi setiap pembelian kad di pusat khidmat pelanggan di Plaza Tol Kempas dan Perling mulai 11 Januari hingga 31 Januari.

Selepas tarikh berkenaan, kad PLUSMiles dan Touch 'n Go dengan nilai tambah RM5 akan dijual dengan harga RM10.

Noorizah menasihatkan pengguna di Plaza Tol Kempas dan Perling supaya mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch n' Go dengan segera untuk menikmati rebat tol yang ditawarkan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan