'Pertembungan Gergasi' Dijangka Dalam Pemilihan DAP Negeri Johor

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Boo Cheng Hau
Dr Boo Cheng Hau

JOHOR BAHRU: Pilihan raya parti DAP negeri pada Sabtu dijangka panas kerana kerana dua 'kumpulan' akan bersaing untuk memastikan siapakah yang akan menerajui kepimpinan negeri ini.

Pertembungan adalah di antara kumpulan pengerusi DAP negeri pada masa kini, Dr Boo Cheng Hau dan kumpulan Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang bapanya yang merupakan penyokong kuat parti, Lim Kit Siang yang dilihat sebagai satu "pertembungan gergasi".

Keluarga Lim menyokong Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong untuk jawatan pengerusi tetapi Dr Boo akan berdepan laluannya sendiri apabila mengambil keputusan mempertahankan kedudukannya.

Dr Boo, yang sebelum menyatakan beliau akan memberi laluan kepada pemimpin baru seolah-olah membuat pusingan-U dengan berkata keputusannya mempertahankan jawatan adalah selaras dengan hasrat akar umbi parti itu di Johor.

Katanya, beliau membuat keputusan berasaskan kepada maklum balas yang diterima daripada ahli-ahli yang mahukan pemimpin tempatan untuk membawa negeri itu sehingga Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri akan datang.

"Saya serahkan kepada lebih 500 perwakilan untuk membuat keputusan mereka kerana saya perlu dipilih sebagai salah seorang daripada 15 ahli terlebih dahulu sebelum pengundian rahsia untuk membuat keputusan mengenai jawatan," kata Dr Boo sambil menambah seramai 23 orang bersaing untuk jawatan itu selepas pencalonan ditutup pada 27 Disember.

Ditanya mengenai Liew, Dr Boo berkata, beliau juga boleh menjadi pemimpin masa depan jika dia terus tinggal di sini selama beberapa tahun.

Liew, anak kelahiran Selangor yang berpangkalan di Pulau Pinang dengan memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Bukit Bendera antara 2008 dan 2013 hanya berpindah ke Johor untuk bertanding di kawasan Kluang semasa pilihan raya umum pada Mei tahun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan