Penghadang Konkrit Dipasang Di Lokasi Tanah Runtuh

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SESAK... Kenderaan bergerak perlahan selepas berlakunya runtuhan tebing bukit di Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada petang Selasa.  -fotoBERNAMA
SESAK... Kenderaan bergerak perlahan selepas berlakunya runtuhan tebing bukit di Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada petang Selasa. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan memasang penghadang konkrit setinggi 0.9 meter di tebing bukit yang runtuh di Lebuhraya Mahameru di sini, petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata penghadang itu akan dipasang secara dua lapisan, selewat-lewatnya malam Selasa bagi mengelakkan runtuhan berterusan.

"Malam ini (Selasa) DBKL hanya membuka dua laluan jalan dan pihak bomba akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

"Mereka juga akan membuat penstrukturan jalan dan menurut pakar geologi masih terdapat pergerakan tanah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam Selasa.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata disebabkan runtuhan itu, kerja-kerja pembinaan benteng yang telah dilaksana sejak 7 Oktober lalu dan dijangka siap Mac ini, mungkin memakan jangka masa yang panjang untuk disiapkan.

"Esok (Rabu) saya akan panggil kontraktor pembinaan benteng berkenaan untuk mengkaji semula projek itu dan pihak DBKL pada malam ini akan memasang penghadang di lebuh raya itu dan dijangka dapat disiapkan dalam masa dua jam," katanya selepas melawat tapak runtuhan itu.

Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja pembersihan jalan sedang dilakukan untuk membolehkan kenderaan melalui lebuh raya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan