MYEG Nafi Laporan Terima Kontrak Daripada Kastam Diraja Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MY E.G Services Bhd (MYEG) pada Selasa menjelaskan ia tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan ia bukanlah pembekal perkhidmatan teknologi milik kerajaan seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Minggu lalu, akhbar itu melaporkan saham MYEG melonjak lagi berikutan berita satu sistem komputer baharu diuji JKDM.

"Kami ingin menjelaskan bahawa sistem komputer MyGST merupakan sistem baharu holistik, yang diuji JKDM bagi memudahkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan mulai 1 April 2015.

"Ada beberapa pihak terbabit dalam pelbagai komponen sistem ini, dengan MYEG, termasuk syarikat sekutunya MY EG Integrated Networks Sdn Bhd. MYEG memiliki 40 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

"Setakat ini, MYEG tidak mengadakan sebarang perjanjian dengan JKDM," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Selasa.

Syarikat itu berkata ia akan mengeluarkan kenyataan jika menerima tawaran kontrak daripada JKDM, yang (kontrak) itu dijangka memberi kesan kepada harga, nilai atau aktiviti pasaran sahamnya, sejajar Dasar Pendedahan Korporat dan Keperluan Penyenaraian Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

MYEG juga menjelaskan ia adalah syarikat senarai awam dan bukan pembekal perkhidmatan teknologi milik kerajaan.

"Pemegang saham utama MYEG termasuk Asia Internet Holdings Sdn Bhd dan Asia Internet E-Services Holdings Sdn Bhd, iaitu syarikat bukan milik kerajaan, Utilico Emerging Markets Limited dan Mawer Investment Management Ltd," katanya.

Bagaimanapun, katanya terdapat dana kerajaan melabur dalam syarikat itu namun pegangan mereka kurang daripada dua peratus daripada keseluruhan saham MYEG.

Pada 3.25 petang, saham MYEG meningkat empat sen kepada RM2.85 dengan 501,700 saham bertukar tangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan