Liew Chin Tong Tawar Diri Jadi Pengerusi DAP Johor Jika Menang Pemilihan - Berita Semasa | mStar

Liew Chin Tong Tawar Diri Jadi Pengerusi DAP Johor Jika Menang Pemilihan

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liew Chin Tong.
Liew Chin Tong.

JOHOR BAHRU: Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada Isnin menyatakan kesediaan menjadi pengerusi DAP Johor yang baharu andai memenangi pemilihan jawatankuasa DAP negeri pada 12 Januari ini.

"Saya dengan ini menyatakan kesediaan untuk menyertai pemilihan DAP negeri Johor pada 12 Januari 2014. Seandainya dipilih sebagai seorang daripada 15 anggota jawatankuasa negeri, saya rela menawarkan khidmat sebagai pengerusi negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira sokongan daripada anggota dan penyokong DAP serta parti sekutu mereka yang menggalakkannya meneraju DAP Johor.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang menyandang jawatan berkenaan sejak dua penggal lepas, sehingga kini belum menyatakan pendirian sama ada akan menyertai pemilihan kali ini.

Ketika dihubungi Bernama bagi mengulas kenyataan Liew hari ini, Dr Boo hanya menjawab: "No Comment."

Baru-baru ini, dua pemimpin kanan DAP Johor iaitu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang secara terbuka meminta Dr Boo yang juga Adun Skudai melepaskan jawatannya sebagai pengerusi DAP Johor.

Ong yang juga Naib Pengerusi DAP negeri berkata, sudah tiba masanya DAP Johor dipimpin oleh pemimpin-pemimpin baharu yang lebih berkaliber seperti Liew dan Anggota Parlimen Kulai, Teo Nie Ching. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan