KLIA2 Dijangka Dibuka Mei Ini - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Terminal penerbangan tambang rendah KLIA2 yang dijangka dibuka pada 2 Mei ini. -foto THE STAR
Terminal penerbangan tambang rendah KLIA2 yang dijangka dibuka pada 2 Mei ini. -foto THE STAR

SEPANG: Terminal penerbangan tambang rendah, KLIA2, dijangka mendapat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada akhir akhir bulan ini, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata secara keseluruhan, lapangan terbang itu kini 98 peratus siap dan mengikut jadual dijangka dibuka pada 2 Mei.

Beliau berkata dengan perolehan sijil CCC nanti, ujian Kesediaan Operasi dan Pindahan Lapangan Terbang (ORAT) akan mula dilakukan ke atas lapangan terbang berkenaan selama tiga bulan sebelum tarikh pembukaannya.

Penerimaan sijil itu berdasarkan kerja-kerja selenggara keretakan, sistem penyejukan dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah diarahkan, jelas Hishammuddin.

Semasa ditanya sama ada kos KLIA2 akan melebihi RM4 bilion, beliau berkata jumlahnya tidak akan melebihi angka berkenaan.

"Bagaimanapun, kos keseluruhan klia2, kami akan umumkan apabila lapangan terbang ini siap," katanya.

"Semua pihak kini bekerja bersama-sama, 24 jam sepanjang minggu untuk memenuhi tarikh akhir ini," katanya kepada media sempena lawatan rasmi beliau ke KLIA2 di sini, Selasa.

Akhir bulan lepas, syarikat usaha sama (JV) UEM Construction Sdn Bhd dan Bina Puri Sdn Bhd berkata pakej kerja untuk klia2, akan disiapkan pada tarikh akhir yang ditetapkan pada 31 Januari, 2014.

Syarikat itu berkata mereka 'bekerja keras' untuk memastikan pakej kerja fizikal siap dan mendapat CCC pada 31 Jan dan proses ORAT pada 1 Februari, 2014.

Pakej kerja bernilai RM997 juta dianugerahkan kepada JV berkenaan termasuk pembinaan bangunan terminal utama, bangunan satelit, jambatan udara dan pangkalan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasar untuk membuka klia2 untuk operasi pada 2 Mei, setelah tarikh siap sebelumnya pada 30 April, 2013 tidak dapat dipenuhi.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata kementerian mempelawa syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri penerbangan negara untuk berbincang mengenai hala tuju industri itu melalui Dasar Penerbangan Negara. Perbincangan ini jadualkan berlangsung pada akhir bulan ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad berkata penyewa KLIA2 dijangka mula memasuki premis mereka pada bulan hadapan iaitu selepas sijil CCC diperoleh sebagai persiapan awal perasmiannya Mei depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan