Kerajaan Persekutuan Laksana Projek Bernilai RM75.5 Juta Di Selangor

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan sedang dan akan melaksanakan dua projek infrastruktur bernilai RM75.5 juta di Selangor bagi tahun ini, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MPTNS), Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata fasa pertama projek tebatan banjir bernilai RM25.5 juta di Pelabuhan Klang yang sedang berjalan, dimulakan Jun tahun lepas, sementara fasa kedua projek itu bernilai RM20 juta sedang dalam proses tender, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama MPTNS untuk tahun ini di sini, Selasa.

Noh berkata projek tebatan banjir ini adalah di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran bagi menaiktaraf sistem saliran di Pelabuhan Klang dari Pelaburan Utara sehingga ke Royal Yacht Club bagi mengatasi masalah banjir kilat di Klang.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kerja Raya juga akan melaksanakan projek letak dan pandu (park and ride) di Salak Tinggi, Sepang bernilai RM30 juta tahun ini.

"Projek ini termasuk membina 850 petak letak kereta, menaik taraf petak kereta sedia ada, menyediakan parkir khas untuk wanita dan golongan kurang upaya serta laluan berbumbung yang menghubungkan dengan stesen ERL di Salak Tinggi," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai pelaksanaan projek letak dan pandu itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan