Kelantan Nafi Benarkan Persembahan Makyung, Menora

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan negeri Kelantan pada Selasa menafikan laporan portal berita tertentu kononnya pihaknya sudah membenarkan persembahan makyung dan menora kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri tetap berpegang teguh dengan pendiriannya mengharamkan persembahan kebudayaan yang bercanggah dengan Islam sejak tahun 1990.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata kerajaan negeri sama sekali tidak pernah mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak untuk membenarkan kembali persembahan berkenaan.

Md Anizam berkata walaupun makyung dan menora merupakan seni kebudayaan dan kebanggaan rakyat Kelantan namun sama sekali tidak akan bertolak ansur jika ia tidak selari dengan lunas agama.

"Kita kekal dengan dasar kita yang mana semua tahu seni hiburan dan pementasan yang memberi aspek negatif serta kesan buruk kepada pemikiran dan akidah umat Islam adalah diharamkan," katanya.

Sementara itu, beliau yakin kedatangan pelancong ke negeri Kelantan tidak terjejas berikutan berlakunya kebakaran yang memusnahkan 60 unit kedai di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang kira-kira 11.30 malam Isnin.

"Kes kebakaran itu tidak ada kena mengena dengan sasaran kita untuk menarik jutaan pelancong kerana selain di Rantau Panjang, Kelantan mempunyai banyak (pusat) tarikan untuk dikunjungi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan