Hard Rock Cafe Putrajaya Hanya Dilulus Jika Patuhi Syarat - Tengku Adnan

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Adnan menjawab pertanyaan mengenai isu pembukaan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya pada sidang media di Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya, Selasa.-fotoBERNAMA
Tengku Adnan menjawab pertanyaan mengenai isu pembukaan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya pada sidang media di Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya, Selasa.-fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Permohonan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di sini hanya diluluskan jika ia mematuhi syarat-syarat ditetapkan termasuk tiada penjualan minuman keras dan menampilkan persembahan hiburan yang berlandaskan Islam.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia bagi memastikan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam terus dipelihara.

"Kita ada garis panduan, dan kita akur pada garis panduan ini. Kita nak Putrajaya menjadi bandar yang lestari, ceria dan bandar yang menjadi contoh kepada seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Tengku Adnan mengulas kemunkinan pengusaha Hard Rock Cafe membuka cawangan itu di sini berikutan perkongsian Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat mengenai perjumpaan beliau dengan pelabur Hard Rock Cafe di negara ini, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir, dalam laman sosial Facebook.

Aseh bagaimanapun menjelaskan tiada permohonan rasmi dibuat mengenainya, malah Hard Rock International turut menafikan mahu membuka cawangannya di Putrajaya.

Tengku Adnan berkata sebelum ini, rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven yang membuka cawangannya di sini, telah mematuhi syarat-syarat itu dengan menjadi kedai pertama tidak menjual minuman keras di negara ini.

Beliau berkata banyak lagi pengusaha jenama terkenal lain termasuk pengusaha taman tema dan hospital swasta berminat membuka cawangan di Putrajaya, dan setiap permohonan itu akan dipastikan mematuhi syarat sebelum diluluskan.

"Kita tidak mahu menolak hasrat (para pelabur), tetapi kita akan memberitahu mereka syarat-syarat kita. Beliau (Aseh) melakukan perkara betul dengan berbincang dengan pelabur kerana kita mahu mereka melabur di Putrajaya. Kita tidak boleh harapkan kerajaan sahaja melabur pada setiap masa," katanya ketika ditanya mengenai perjumpaan Aseh dengan Syed Yusof.

Sambil meminta rakyat supaya tidak gelisah dengan perkara itu, beliau menyelar pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menimbulkan spekulasi mengenainya.

"Tolonglah jangan putar belitkan (perkara ini)...ia tidak wajar langsung. Saya sedih melihat apa yang berlaku, dan ini akan membentuk generasi masa depan Malaysia. Kita tidak mahu mereka menjadi seperti orang Barat. Kita mahu mereka mempunyai nilai-nilai Timur," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan