Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Mulai Jumaat Ini

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora selama tiga hari bermula Jumaat hingga 13 Januari.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Palawan dan Sulu.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah bahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut," menurut kenyataan itu.

Selain itu, angin kencang Timur Laut yang bertiup dari 50 kmsj serta ombak setinggi 4.5 meter diramal melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Samui bermula Khamis hingga 13 Januari.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan