MKPN Kesal Jais Serbu PBM

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Samsudin Osman ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di Kuala Lumpur pada Isnin.
Tan Sri Samsudin Osman ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di Kuala Lumpur pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible edisi Bahasa Melayu boleh diselesaikan dengan kaedah perbincangan tanpa mencemarkan agenda perpaduan nasional.

"Perkara seperti ini tidak seharusnya berulang lagi. Kita (MKPN) tidak mencampuri isu penggunaan kalimah Allah yang berlaku di Selangor. Itu hak pihak berkuasa.

"Namun kita yakin perkara ini boleh diselesaikan dengan baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama majlis berkenaan pada Isnin.

Penubuhan MKPN diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 November lalu, sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan perpaduan kaum terus teguh.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali mencetuskan ketegangan apabila penguatkuasa Jais turut merampas kira-kira 350 salinan bible dan penerbitan Kristian dalam serbuan mereka pada Khamis lalu.

Sebelum ini dilaporkan, pada 14 Disember lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa semua rakyat di negeri itu perlu mematuhi larangan penggunaan kalimah 'Allah' di kalangan bukan Islam di bawah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.

Bagaimanapun pada 27 Disember lalu, Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew, berkata semua gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya walaupun Jais telah menghantar surat peringatan berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut Samsudin berkata, MKPN turut menggesa kerajaan supaya mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara yang dicapai bersama kumpulan-kumpulan Kristian di negara ini pada April 2011.

Katanya tindakan serbuan Jais itu jelas melanggar kandungan resolusi berkenaan.

Menurut Penyelesaian 10 Perkara yang diumumkan pada 2011 oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala, Putrajaya akan mengizinkan pengimportan Alkitab dalam semua bahasa, termasuk terjemahan Bahasa Malaysia/Indonesia.

Selain itu jelas Samsudin, MKPN akan mengadakan perbincangan tertutup bersama pemimpin agama, pihak berkuasa, kumpulan berkepentingan termasuk Jais bagi mencari penyelesaian terhadap isu sensitiviti agama yang dilihat boleh mengeruhkan perpaduan rakyat.

"Kita akan sediakan platform kepada. Jawatan kecil dalam MKPN akan mengadakan perbincangan tertutup dengan mereka secepat mungkin. MKPN akan menjadi penghubung dalam mewujudkan perpaduan nasional," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan