MKPN Dijangka Bincang Isu Kalimah Allah

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 31 ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) bermesyuarat buat pertama kalinya di sini pada Isnin.

Walaupun agenda mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman itu diadakan secara tertutup tidak dimaklumkan, isu yang penggunaan kalimah 'Allah' yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini dan beberapa isu berkaitan dijangka dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Antara yang dilantik menganggotai majlis tersebut adalah Tan Sri Lee Lam Thye, Tan Sri Ramon Navaratnam, Dr Micheal Yeoh Oon Kheng, Datuk Datuk Johan Jaafar, Datuk Marina Mahathir, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Datuk Saifuddin Abdullah, Anas Zubedy dan Jagir Singh.

Pada Ahad, Lee berkata isu tersebut tidak tersenarai dalam agenda mereka pada Isnin kerana persediaan untuk mesyuarat pertama itu dibuat sebelum perkembangan terkini mengenainya.

Namun selepas mengambil kira kepentingan isu tersebut, Lee berkata akan mendapat kebenaran daripada pengerusi untuk membincangkan perkara itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan