Lebih Tiga Juta Peluang Pekerjaan Baharu Menjelang 2020 - PM

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan untuk mewujudkan lebih tiga juta peluang pekerjaan baharu menjelang tahun 2020, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib di laman Facebooknya pada Ahad berkata, hasrat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia itu selari dengan status negara maju berpendapatan tinggi yang turut disasarkan pada tahun berkenaan.

"Sejak tahun 2011, lebih sejuta peluang pekerjaan telah diwujudkan kepada rakyat Malaysia melalui usaha-usaha penjanaan ekonomi.

"Kerajaan meletakkan sasaran mewujudkan lebih tiga juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020, selari dengan status negara maju berpendapatan tinggi," katanya.

Najib berkata sebanyak 313,741 peluang pekerjaan telah diwujudkan pada 2011, manakala kira-kira 800,000 lagi pada 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan