Kenaikan Tol: PAS Gesa Kerajaan Ambil Alih Syarikat Konsesi Lebuhraya

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS, pada Isnin menggesa kerajaan supaya mengambil alih sepenuhnya syarikat konsesi lebuhraya sebagai salah satu usaha mengurangkan beban rakyat.

Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata langkah itu wajar dilakukan kerana perjanjian yang dimeterai dengan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya dilihat tidak memihak kepada rakyat.

"Adalah amat wajar kerajaan tidak menaikkan kadar tol sekarang ini dan segera membuat kajian semula (perjanjian) dan kemudian mengambil alih semula syarikat-syarikat pengendali konsesi lebuhraya.

"Saya tidak nampak kerajaan tidak boleh membatalkan atau memperbetulkan kembali perjanjian yang berat sebelah, tidak pro kepada pengguna dan rakyat sebaliknya pro kepada syarikat konsesi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Isnin.

Mahfuz berkata gesaan yang dibuat adalah hampir sama dengan tindakan kerajaan yang telah mengambil alih operasi syarikat pengendali terdahulu dalam isu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata beliau percaya pendekatan yang sama dapat digunakan dalam menangani isu kenaikan kadar tol.

"Sekarang ini sebahagian besar daripada syarikat-syarikat tol ini, kepentingan sahamnya dikuasai kerajaan dan syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang lain.

"Saya percaya kerajaan boleh membayar seperti mana kerajaan mengambil alih tanggungjawab pengendalian AES daripada Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan mewujudkan GLC baru, ambil alih kemudian bayar ganti rugi kepada syarikat pengendali," katanya.

Pada sidang media yang sama beliau turut menggesa kerajaan supaya segera menunaikan janji untuk meminimakan kesan kenaikan harga barang seperti petrol, gula dan elektrik yang ditanggung rakyat.

Katanya sehingga kini rakyat tidak nampak usaha dan komitmen kerajaan untuk mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung rakyat secara serta-merta.

"Kuasa membeli rakyat sekarang semakin mengecil...bawa RM50 ke pasar jumlah barangan yang boleh dibawa pulang adalah sedikit.

"Kerajaan sepatutnya memikirkan dahulu kesan kenaikan sebelum buat keputusan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan