Hala Tuju Kem Tahanan Kamunting Selepas Ini Jadi Tanda Tanya

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Enam tahanan ISA memasukkan bagasi masing-masing ke dalam van selepas dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting pada Ahad.-fotoBERNAMA
Enam tahanan ISA memasukkan bagasi masing-masing ke dalam van selepas dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting pada Ahad.-fotoBERNAMA

TAIPING: Hala tuju Kem Tahanan Kamunting di sini yang menempatkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kini menimbulkan tanda tanya selepas pembebasan kesemua enam tahanan terakhir pada Ahad lalu berikutan pemansuhan akta tersebut.

Kementerian Dalam Negeri dijangka mengadakan sidang media untuk memaklumkan orang ramai mengenai rancangan mereka terhadap pusat itu dalam tempoh terdekat.

Pusat tahanan yang dibina pada keluasan 230 hektar itu, dibuka pada November 1973 untuk menempatkan tahanan tanpa bicara dibawah ISA.

Pusat tersebut dikendalikan oleh Jabatan Penjara.

Mereka yang ditahan dibawah akta tersebut kebanyakannya disyaki sebagai komunis akan ditempatkan di Pusat Tahanan Khas Batu Gajah sebelum dihantar ke Kamunting.

Pada Ahad, enam tahanan terakhir dibawah akta tersebut dibebaskan.

Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang warga Filipina, dibebaskan pada pukul 8.30 pagi Ahad, lapor Bernama.

"Jangan risau apa-apa, kamu sekarang sudah dibebaskan," kata Pengarah Tempat Tahanan Perlindungan Taiping Penolong Komisioner Penjara Mohd Roslen Ramli sebelum kesemua enam tahanan terakhir itu dibawa keluar menaiki sebuah kenderaan.

ISA dimansuhkan pada 2012 dan digantikan dengan penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai tahun lalu.

Dengan pakaian biasa, wajah setiap daripada mereka kelihatan tenang dan seolah-olah menggambarkan kegembiraan dan rasa syukur dengan pembebasan tersebut.

Sebelum melangkah keluar dari pintu utama kem tahanan berkenaan sambil membawa beg dan kotak berisi barangan peribadi, kesemua mereka sempat meluangkan masa berbual-bual seketika dengan sebahagian pegawai dan petugas kem selain merakamkan gambar bersama-sama.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada petugas dan pegawai di kem berkenaan atas penjagaan sepanjang dua tahun di situ.

Mereka ditahan pada 14 November 2011 kerana terlibat dengan kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan