GST Bakal Menyumbang Tambahan 0.3% Kepada KDNK - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan.

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, mampu menyumbang pertambahan 0.3 peratus kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), dan eksport sebanyak 0.5 peratus pada 2015/2016.

Beliau berkata, peningkatan eksport itu disebabkan harga barangan yang dieksport tidak dikenakan GST, menjadikan harga barangan eksport negara lebih kompetitif dan laris di luar negara.

"Pelaksanaan GST yang lebih telus dan adil ini juga akan mampu mengekang aktiviti 'wang gelap' pada kadar peratusan tertentu," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Menurut Ahmad, negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan wang gelap atau aktiviti pengelakan cukai, yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus daripada keseluruhan KDNK, berbanding negara maju sekitar 10 hingga 15 peratus.

Beliau berkata, sejajar pengurangan aktiviti wang gelap, ia akan membantu pertumbuhan KDNK serta hasil negara akan turut bertambah dan ini merupakan manfaat jangka masa panjang yang akan dinikmati negara melalui pelaksanaan GST.

Beliau berkata, kerajaan tidak menafikan terdapat impak sementara ke atas harga barangan pada awal pelaksanaan cukai tersebut, namun dalam tempoh beberapa bulan hingga ke setahun, harga barangan akan kembali stabil kerana GST mampu mengurangkan kos perniagaan.

"Pada pihak pengguna pula mereka tidak akan menerima kesan penyebatian dan penurunan seperti yang dialami semasa pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan yang telah menyebabkan mereka menanggung beban cukai berlebihan," katanya.

Ahmad turut memaklumkan bahawa kerajaan menjangkakan negara akan mengumpul pendapatan bersih hasil GST sebanyak RM3.7 bilion pada 2015 dan RM9.09 bilion pada 2016.

Pada masa yang sama, Ahmad mengumumkan Kementerian Kewangan akan meneruskan seminar 'Pemerkasaan Ekonomi Nasional' yang bermatlamat untuk menerangkan mengenai pelaksana GST kepada rakyat di setiap negeri, yang telah pun bermula sejak Disember lepas, dan berakhir pada 2 Februari di Kuala Lumpur.

"Seminar ini akan turut memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu semasa ekonomi dan 11 langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.

Seminar itu menyasarkan kehadiran 2,000 hingga 3,000 orang di setiap negeri daripada lima kumpulan utama iaitu pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan, belia dan penuntut pengajian tinggi serta badan swasta dan syarikat berkaitan kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan