Bekas Tahanan ISA Lahir Kesyukuran Atas Pembebasannya

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Nazri Dollah melahirkan rasa syukur atas pembebasannya dari Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak pada Ahad.

Katanya, pembebasannya itu merupakan nikmat yang Allah berikan kepadanya kerana dia kini dapat hidup seperti rakyat biasa bersama anak isteri.

"Selama dua tahun di pusat tahanan itu saya bersama rakan-rakan terus mendalami ilmu agama sebagai pengisian kehidupan seharian. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan Allah sama ada dalam bentuk kesusahan ataupun kebaikan.

"Saya meminta semua masyarakat Islam di negara ini agar terus menghayati ajaran al-Quran dan hadis seperti mana yang dituntut agama," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, Isnin.

Mohd Nazri tiba di lapangan terbang Tawau kira-kira pukul 3 petang sebelum diiringi anggota keselamatan menuju ke rumahnya.

Semalam kesemua enam tahanan terakhir ISA dibebaskan pada pukul 8.30 pagi dari Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak.

Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang warga Filipina yang ditahan sejak 14 November 2011.

Rakyat Malaysia tersebut termasuklah Adzmi Pindatun dan Bakar Baba manakala dua warga negara Indonesia ialah Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, serta warganegara Filipina Muadz Hakim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan