Tiada Sebab Enakmen Agama Bukan Islam Selangor Dipinda - Jamil

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) menyampaikan sumbangan kepada 200 orang ibu tunggal bagi mengurangkan beban untuk menampung persekolahan anak-anak mereka pada majlis Penyampaian Sumbangan kepada Ibu-Ibu Tunggal Peringkat Parlimen Jerai di Banggunan UMNO Jerai pada Sabtu. -fotoBERNAMA
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) menyampaikan sumbangan kepada 200 orang ibu tunggal bagi mengurangkan beban untuk menampung persekolahan anak-anak mereka pada majlis Penyampaian Sumbangan kepada Ibu-Ibu Tunggal Peringkat Parlimen Jerai di Banggunan UMNO Jerai pada Sabtu. -fotoBERNAMA

YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tidak ada sebab Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 untuk dipinda sebagaimana dicadangkan DAP.

"Enakmen ini tidak harus dilihat dalam bentuk emosi dan perlu dilihat dari sudut positif iaitu untuk memelihara agama, keharmonian dan kerukunan masyarakat berbilang kaum negara ini," katanya ketika mengulas cadangan itu pada Sabtu.

Jamil Khir berkata enakmen tersebut diwujudkan seiring dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Oleh itu, katanya, tidak ada sebab kerajaan negeri meminda enakmen tersebut.

Perkara itu tidak boleh dilihat dari sudut emosi semata-mata oleh masyarakat bukan Islam, yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang Islam, katanya kepada pemberita di sini.

Menurut laporan, Adun Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing ) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DUN) akan datang.

Butir-butir pindaan yang dicadangkan tidak dinyatakan.

Cadangan itu dibuat susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas sebanyak 351 naskah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Damansara Khamis lepas.

Jamil Khir berkata pihak tertentu tidak perlu mengeruhkan keadaan sebaliknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 kepada 200 ibu tunggal dalam Parlimen Jerai sebagai bantuan persekolahan anak-anak mereka. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan