Pengamal Media Protes Tuntut Kebebasan

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian peserta demonstrasi mengadakan bantahan aman menuntut kebebasan media.
Sebahagian peserta demonstrasi mengadakan bantahan aman menuntut kebebasan media.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak menghalang bantahan oleh sekumpulan pengamal media yang diketuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Media Marah (Geramm) di ibu negara pada Sabtu.

Dengan laungan 'bebaskan media', kumpulan itu yang sebahagian besarnya berpakaian merah memulakan bantahan di hadapan pejabat Majlis Peguam sebelum bergerak ke arah stesen LRT Masjid Jamek iaitu lokasi seorang wartawan dipukul semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012.

Kumpulan kira-kira 100 orang itu yang kebanyakannya terdiri daripada editor portal berita, wartawan, jurugambar dan aktivis media menuntut kebebasan akhbar, pembatalan penggantungan akhbar 'The Heat' dan pemansuhan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Jurucakap Geramm, Fathi Aris Omar berkata kumpulan itu tidak lama lagi akan menyerahkan petisyen yang mengandungi lapan tuntutan dan pensil merah sebagai simbolik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mereka juga menyeru agar layanan yang lebih baik diberikan kepada pengamal mdia bagi semua acara kerajaan dan politik tanpa pilih kasih.

"Bantahan ini adalah satu mesej kepada kerajaan untuk mengambil perhatian bahawa media kini bersedia untuk mengambil untuk jalan untuk berjuang demi kebebasan akhbar," katanya.

Protes yang diadakan dalam pemerhatian polis itu berakhir tanpa sebarang kejadian tidak diingini pada pukul 3.30 petang.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan