Operator PLKN Diberi Masa Enam Bulan Dapatkan Sijil ISO

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Semua operator Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi tempoh enam bulan untuk mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2008 bagi membolehkan mereka terus menguruskan operasi di kem-kem PLKN seluruh negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa ini hanya 10 peratus sahaja daripada operator yang sedang menguruskan 79 kem PLKN seluruh negara telah mempunyai sijil tersebut.

"Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 ini adalah bertujuan untuk memastikan semua sistem kerja dan operasi di kem berjalan lebih sistematik dan teratur sekali gus dapat menghasilkan perkhidmatan berkualiti.

"Operator kem ini adalah pihak swasta yang dilantik menguruskan operasi kem seperti operator penyediaan makanan, pengurusan latihan dan prasarana," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin, di sini Ahad.

Hishammuddin berkata, jika operator berkenaan gagal memperoleh persijilan tersebut, perkhidmatan mereka mungkin ditamatkan bagi menjamin pengurusan yang berkualiti selain keselamatan pelatih.

"Selagi mereka (operator kem) tidak memperbaiki apa yang perlu diperbaiki, tiada tempat bagi mereka untuk beroperasi di kem kerana kita tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan dan kejayaan program ini," katanya.

Katanya, bagi pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), semua kemnya termasuk ibu pejabatnya telah mempunyai persijilan tersebut kecuali dua kem iaitu Kem PLKN Muadzam Shah, Pahang dan Kem PLKN Marang, Terengganu yang telah ditutup sementara baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berkata satu mesyuarat bersama Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) dijangka diadakan minggu depan bagi memperhalusi dan memutuskan perancangan yang lebih besar selain hala tuju yang lebih jelas untuk program PLKN.

"Pencapaian yang selama ini kita banggakan tidak mencukupi dan kita mahu anjakan kepada tahap yang lebih tinggi lagi terutama berkaitan semangat kesukarelaan dan semangat cintakan tanah air," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi MLKN Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid dan Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan