Kalimah Allah: Umno Selangor Tidak Adakan Bantahan Di Gereja - Noh Omar

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noh Omar.
Noh Omar.

SHAH ALAM: Umno Selangor tidak akan menyertai bantahan terhadap kenyataan seorang paderi Katolik bahawa gereja di negeri itu akan terus menggunakan kalimah Allah untuk merujuk sebagai Tuhan dalam perhimpunan mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Sebaliknya, Noh menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang.

"Kami tidak menyokong sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam bantahan di hadapan tempat-tempat ibadat kerana kita, Umno Selangor, hanya tidak berpuas hati dengan Paderi Lawrence Andrew," kata Noh pada sidang media.

Paderi Lawrence, yang merupakan Pengarang mingguan The Herald dilaporkan sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah untuk merujuk sebagai Tuhan dalam perhimpunan mingguan.

Kenyataan beliau menimbulkan bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk ahli-ahli Umno Selangor.

Isu itu berlaku selepas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pegawai menyerbu dan merampas 351 salinan naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis.

Jais sebelum ini mengingatkan semua gereja di Selangor untuk mematuhi larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diperuntukkan di di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan