Rampasan Bible: PKR Sedia Jadi Orang Tengah Bantu Selesai Kes

Diterbitkan: Sabtu, 4 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhammad Nur Manuty
Muhammad Nur Manuty

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia menjadi perantara dalam menyelesaikan kes rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di negeri ini pada Khamis.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata PKR prihatin terhadap konflik ini dan berpendapat perkara yang melibatkan sebahagian penganut agama Islam dan Kristian ini boleh diselesaikan segera secara praktis dan harmoni.

“PKR yakin pendekatan berhikmah dalam menangani isu keagamaan adalah cara terbaik bagi mengelakkan ketegangan antara penganut agama Islam dan Kristian di negara ini berterusan.

“Sesungguhnya, ketegangan hidup beragama adalah bertentangan dengan prinsip beragama, Perlembagaan Malaysia dan amalan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, Jumaat.

Beliau berkata dialog dan rundingan yang bakal dianjurkan diharap dapat memberi kesedaran serta kefahaman berkenaan kepentingan budaya dialog antara masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Katanya, pada masa kini konflik dan ketegangan negara menunjukkan hubungan dan persefahaman rakyat Malaysia masih ditahap membimbangkan.

“Bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku, PKR sentiasa menganjurkan supaya disuburkan budaya interaktif untuk mewujudkan iklim kondusif ke arah kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya.

Pada Khamis, 20 pegawai Jais melakukan serbuan terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan merampas lebih 321 Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban.

Pengerusi PBM, Lee Min Choon dan Setiausaha Agung, Simon Wong juga ditahan dan dibawa ke Balai Polis Damansara Utama.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan