Kalimah Allah: ‘Kami Tidak Akan Buat Bantahan Di Gereja’ - Perkasa

Diterbitkan: Sabtu, 4 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor menegaskan yang mereka tidak akan membuat bantahan di hadapan mana-mana gereja di negeri itu bagi mendesak Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew supaya menarik balik kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya bagaimanapun berkata, bantahan adalah perlu berdasarkan perundangan negeri itu dan titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

“Kita (Perkasa Selangor) boleh buat bantahan bagi mendesak Paderi Lawrence menarik balik kenyataannya tetapi bukan cara kita untuk mengadakan bantahan di hadapan gereja. Ini akan menganggu penganut agama Kristian di dalam gereja.

“Kita perlu menghormati sensitiviti agama lain. Kita boleh sahaja pergi ke pejabat atau rumah Paderi Lawrence untuk menghantar memorandum bantahan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Umno Selangor yang mahu membuat bantahan secara aman di semua gereja di negeri itu sekiranya Paderi Lawrence enggan menarik balik kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Abu Bakar menegaskan bahawa bantahan yang dibuat oleh Perkasa Selangor bagi menentang penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja adalah atas dasar mereka adalah sebuah pertubuhan yang mempertahankan agenda Melayu-Islam.

“Kita (Perkasa Selangor) bersetuju dengan mana-mana pihak termasuk Umno Selangor untuk mengadakan bantahan tetapi kita tak setuju untuk buat di hadapan gereja," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Abu Bakar berterima kasih kepada Polis Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertindak dalam isu penggunaan kalimah Allah.

“Kita ada buat laporan polis pada Ahad lalu untuk pihak polis buat siasatan dan ambil tindakan tegas. Dan semalam (Khamis), Jais sudah pun membuat serbuan dan membuat rampasan ke atas naskhah Bible yang mengandungi kalimah Allah.

“Dan Ketua Polis Selangor (Datuk Mohd Shukri Dahlan) sudah pun membuat kenyataannya bahawa keterangan Paderi Lawrence akan diambil untuk tujuan siasatan.

“Pada masa ini, kita perlu menghormati siasatan polis. Ini termasuk keterangan berhubung laporan sebuah portal berita mengenai isu penggunaan kalimah Allah. Kita tunggu selepas hasil siasatan itu untuk sebarang tindakan lanjut,” katanya.

Paderi Lawrence dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Jumaat lepas sebagai berkata bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Jais pada Khamis merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan