Kalimah Allah: Jais Mohon Ruang Jalankan Siasatan Terperinci - Berita Semasa | mStar

Kalimah Allah: Jais Mohon Ruang Jalankan Siasatan Terperinci

Diterbitkan: Sabtu, 4 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memohon semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka untuk menjalankan siasatan lebih terperinci terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja di negeri berkenaan.

Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya pada Jumaat membuat siasatan lanjut ke atas Persatuan Bible Malaysia dan meminta isu berkenaan tidak diperbesarkan mahupun dipolitikkan mana-mana pihak.

Tiada sebarang komen lanjut akan diberikan melainkan kenyataan media yang akan dikeluarkan Jais jika diperlukan pada masa depan berhubung isu berkenaan, katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

Menurut laporan akhbar pada Jumaat, Bahagian Penguatkuasa Jais pada Khamis telah merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada persatuan itu dan menahan dua individu untuk diambil keterangan bagi siasatan lanjut namun kedua-duanya kemudian dibebaskan atas jaminan polis.

Memetik laporan akhbar itu lagi, kedua-dua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan