Jais Diminta Kemuka Laporan Serbuan PBM

Diterbitkan: Sabtu, 4 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sallehen Mukhyi
Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyediakan laporan terperinci termasuk hasil siasatan ketika merampas sejumlah naskah Bible berbahasa Melayu dalam serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia di Damansara pada Khamis lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri, Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan berkata, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri agar segera menyemak dan meneliti operasi Jais itu.

"Semakan bagi memastikan pegawai penguatkuasa Jais mematuhi (prosedur) operasi standard yang telah ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat pelanggaran peraturan atau kecuaian semasa melakukan rampasan dan serbuan tersebut.

"Ia perlu dilakukan kerana serbuan dan rampasan tersebut menggambarkan perihal pentadbiran yang melibatkan jabatan dan pegawai kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, Sallehen menggesa semua pihak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi namun masyarakat bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

"Semua rakyat Selangor tidak kira agama atau kaum mesti mematuhinya bagi menjamin kelangsungan hidup berharmoni, bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain yang telah terjalin sejak sekian lama," katanya.

Sallehen berkata pihaknya memandang serius insiden serbuan itu dan ia merupakan insiden kedua melibatkan Jais selepas pemeriksaan mengejut terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di Damansara tahun lepas.

Beliau berkata susulan daripada pemeriksaan mengejut itu, kerajaan negeri telah mengarahkan Jais menyediakan satu standard operasi bagi digunakan dalam menangani isu-isu sensitif seterusnya mengelakkan daripada berlaku salah faham dan buruk sangka.

Sehubungan itu, Sallehen berkata pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan dengan Pengarang Mingguan Katolik 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew pada Selasa ini bagi membincangkan isu larangan menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti yang dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan