300,000 Pati Tidak Dapat Dihantar Pulang Ekoran Masalah Dokumentasi

Diterbitkan: Sabtu, 4 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kira-kira 300,000 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) tidak dapat dihantar balik ke negara asal mereka berikutan masalah imigresen di negara terbabit untuk menerima mereka kembali.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Sabtu berkata, meskipun pihak kerajaan Malaysia mengetahui negara asal Pati ini namun negara berkenaan berkehendakkan dokumen pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraan Pati terbabit.

Bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kecemasan untuk kawasan Parlimen Santubong di sini, beliau berkata, kerajaan telah berbincang dengan pihak kedutaan dan wakil kerajaan negara-negara terbabit bagi mencari kaedah yang lebih menyeluruh untuk menghantar balik pendatang ini.

Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata, pihak kedutaan dan wakil negara-negara terbabit bagaimanapun mengambil masa yang agak lama untuk memproses kemasukan semula pendatang-pendatang ini.

"Kita mahu mereka dihantar balik secepat mungkin oleh kerana perkara ini membebankan kita. Tiap-tiap hari kita memberi makan, memberi layanan, memberi (perkhidmatan) kesihatan kepada orang-orang yang datang ini," katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berharap laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah berkemungkinan dapat dijadikan asas untuk membentuk kaedah lebih berkesan menyelesaikan masalah pendatang yang tidak dapat dihantar balik ini.

Katanya, kerajaan sedang menunggu laporan berkenaan dibentangkan di Parlimen sebelum dapat melaksanakan mekanisme yang sesuai untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di negara ini yang tidak dapat dihantar balik.

"Harapan saya laporan dari RCI ini akan siap dan akan dibentangkan di Parlimen pada sesi yang akan datang (Mac ini)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan