PAS Tidak Setuju Dengan Fatwa Mufti Perak

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS pada Jumaat mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya menarik balik fatwa yang menganggap peserta demonstrasi sebagai 'bughah' (penderhaka ) dan halal darah mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, fatwa tersebut amat berbahaya kepada keselamatan negara dan jelas bertentangan dengan Islam.

"Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa yang jauh menyimpang dari landasan Syarak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, istilah 'Bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak.

"...kerana itu, ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir," katanya.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan adakah rakyat yang keluar membantah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melampau, penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah serta berleluasanya kemungkaran dalam negara adalah ‘bughah’, yang halal darah mereka.

Justeru, katanya, sebarang fatwa yang ingin dikeluarkan oleh mana-mana mufti sepatutnya mendapat maklumat sebenar dengan membuat kajian, tinjauan dan memahami kes sebelum sesuatu fatwa dibuat.

"Mufti tidak hanya boleh bergantung pada maklumat dari media perdana yang dikuasai oleh kerajaan untuk menyebarkan dakyah politik dan juga menyimpang daripada fakta.

"Oleh itu, kenyataan ini perlu ditarik balik bagi mengelak pihak-pihak yang jahil dan pelampau agama mengambil kesempatan untuk bertindak sewenang-wenangnya kerana terpengaruh dengan fatwa tersebut," katanya.

Pada Khamis, Harussani dipetik sebagai berkata, semua peserta perhimpunan Turunkan Kos Sara Hidup (TURUN) pada 31 Disember lalu, seharusnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak).

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian pada Khamis.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan