Mara Peruntuk RM2 Bilion Taja Pelajar Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan RM2 bilion kepada kira-kira 25,000 pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata peruntukan itu meningkat sebanyak 10 sehingga 15 peratus dari tahun lepas memandangkan kos pembiayaan dan kos yuran pengajian yang semakin meningkat.

"Ini merupakan peruntukan khas kerajaan persekutuan dan ia tidak termasuk dalam bajet pendidikan RM1 bilion yang telah diumumkan perdana menteri dalam pembentangan Belanjawan 2014," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Annuar berkata penilaian penajaan perlu dilakukan bagi memastikan perbelanjaan Mara efisien selain meyakini keupayaan pusat pengajian tempatan.

"Sebagai contoh dalam bidang perubatan dan pergigian, universiti tempatan mampu melahirkan 3,000 graduan setahun dan kapasiti ini memungkinkan kita untuk mengurangkan penajaan keluar negara secara terpilih," katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata Mara juga telah menghapus kira sebanyak RM1 bilion daripada dana pinjaman pendidikan kepada pelajar tajaannya.

"Pendekatan ini diberikan kepada pelajar yang dapat mencapai tahap-tahap tertentu seperti pelajar cemerlang, pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah serta pelajar yang tidak mempunyai pekerjaan setelah menamatkan pengajian dan mereka ini telah membuat rayuan dengan memberi alasan-alasan tertentu kepada pihak Mara," katanya.

Beliau berkata pengurangan itu melibatkan kira-kira 80 peratus daripada dana yang telah dikeluarkan kepada pelajar tajaannya.

"Dengan kata lain, kita hanya mengutip 20 peratus daripada jumlah yang diberikan. Kita tiada masalah untuk memberi pengurangan kepada pelajar tetapi yang kita utamakan adalah kecemerlangan mereka," katanya.

Annuar berkata pengurangan yang dilaksanakan sejak dua minggu lepas itu merupakan salah satu kaedah meringankan beban ibu bapa dan para pelajar, terutamanya graduan baru.

"Kita harap dapat lakukan pengurangan pinjaman ini berasaskan kecemerlangan yang dicapai," katanya yang menasihatkan pelajar tajaan Mara yang bakal menamatkan pengajian mengambil kesempatan untuk mendapatkan pengurangan pinjaman yang ditawarkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan